Program NADI x Awareness – Lindungi Data Peribadi Anda
7 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniSatu program kesedaran di bawah inisiatif Awareness bertajuk Lindungi Data Peribadi Anda telah berjaya dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah terhadap kepentingan keselamatan maklumat peribadi dalam era digital
Program ini memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai kepentingan menjaga data peribadi seperti maklumat akaun, kata laluan serta perkongsian maklumat di media sosial. Pendekatan yang digunakan adalah interaktif dan mudah difahami bagi memastikan pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan harian
Sepanjang program berlangsung, pelajar turut didedahkan dengan cara mengenal pasti ancaman siber seperti penipuan dalam talian (scam), pautan mencurigakan serta kepentingan untuk tidak berkongsi maklumat peribadi dengan pihak yang tidak dikenali
Program ini diharapkan dapat melahirkan generasi muda yang lebih peka, bertanggungjawab serta celik digital dalam melindungi maklumat peribadi mereka daripada sebarang risiko penyalahgunaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: