Program Perkhidmatan Pintar Gen AI
22 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 21 November 2025 (Jumaat) - Program Perkhidmatan Pintar GenAI telah dijalankan secara atas talian melalui platform Google Meet di NADI Presint 9, Fasa 10. Program ini berlangsung selama dua jam, bermula pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang dan telah disertai oleh empat orang pelajar sekolah rendah. Sesi pembelajaran ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai penggunaan teknologi AI secara beretika, kreatif dan bertanggungjawab.
Sesi pada kali ini memberi tumpuan kepada Modul Etika dalam AI dan GenAI, yang memperkenalkan kepada pelajar prinsip asas penggunaan teknologi secara bertanggungjawab, beretika dan selamat. Pendedahan ini diharapkan dapat membentuk pemahaman awal mengenai kepentingan integriti dalam penggunaan teknologi AI pada masa kini dan pada masa hadapan.
Secara keseluruhan, Program Perkhidmatan Pintar GenAI merangkumi tiga modul utama, iaitu:
Modul 1: Segala Yang Anda Patut Tahu tentang AI & GenAI
Modul 2: Prompt Engineering untuk Menjadi Karyawan Kreatif & Memperkasa Akademik Anda
Modul 3: Etika dalam AI dan GenAI
Program ini diharapkan menjadi pemangkin kepada minat dan kemahiran pelajar dalam meneroka bidang teknologi pada masa hadapan .
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: