Unboxing Kit Robotik & Unboxing Kit IoT Inovasi
25 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 24 Ogos 2025 (Ahad) – NADI Presint 9 Fasa 10 telah mengadakan kelas Unboxing Kit Robotik dan Unboxing Kit IoT Inovasi, khusus bagi pelajar sekolah rendah dan menengah yang berminat dalam bidang teknologi dan inovasi.
Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai penggunaan kit robotik dan Internet of Things (IoT), selari dengan usaha memperkukuhkan minat terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Melalui sesi unboxing ini, para pelajar didedahkan kepada komponen-komponen asas dalam kit, serta potensi penggunaannya dalam mencipta projek inovatif.
Apa yang menarik, sesi pembelajaran ini turut dirakam dan dimuat naik ke dalam sistem LMS (Learning Management System) bagi membolehkan pelajar mengakses semula kandungan tersebut pada bila-bila masa. Langkah ini bukan sahaja memudahkan ulangkaji bagi para peserta .
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: