Webinar Shopping Scam - Bahaya Untuk Anda
25 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 24 Ogos 2025 (Ahad) – Sebagai sebahagian daripada inisiatif Awareness, satu program kesedaran telah dianjurkan bertajuk "Webinar Shopping Scam – Bahaya Untuk Anda". Program ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan kesedaran masyarakat, khususnya golongan pelajar, tentang bahaya penipuan dalam talian yang semakin berleluasa, khususnya yang melibatkan aktiviti pembelian dalam talian (shopping scam).
Webinar ini memberi tumpuan kepada:
- Jenis-jenis serta tanda-tanda penipuan membeli-belah (shopping scam)
- Pendedahan tentang taktik yang digunakan oleh scammer dalam urusan jual beli dalam talian
- Kesan buruk penipuan terhadap mangsa
- Langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil oleh pengguna, termasuk dalam kalangan pelajar
Penyertaan webinar ini melibatkan tiga (3) orang pelajar sekolah rendah dan tiga (3) orang pelajar sekolah menengah, sebagai usaha untuk menyemai kesedaran dari peringkat awal dan melahirkan generasi yang celik digital serta lebih berwaspada terhadap risiko siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: