dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 9 Fasa 10, Putrajaya
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Karnival Sumud Nusantara - Malam Himpunan & Selawat Malaysiaku Bersama Gaza

24 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Putrajaya telah dijemput untuk menyertai Karnival Sumud Nusantara – Malam Himpunan & Selawat Malaysiaku Bersama Gaza, yang berlangsung selama tiga hari bermula 22 Ogos 2025 sehingga 24 Ogos 2025 yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Karnival Sumud Nusantara merupakan sebuah program yang menghimpunkan rakyat Malaysia bagi menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin melalui pelbagai aktiviti kerohanian, kesedaran sosial dan kempen kemanusiaan. Acara ini turut melibatkan penyertaan agensi kerajaan, NGO dan komuniti tempatan.

Sepanjang karnival tersebut, booth NADI menyediakan:

  • Pendaftaran keahlian NADI secara percuma
  • Perkhidmatan saringan kesihatan (Tekanan darah, BMI & gula dalam darah)

Pengunjung juga berpeluang untuk mengenali lima perkhidmatan pintar yang ditawarkan oleh NADI di seluruh negara — selaras dengan komitmen NADI dalam memperkasa masyarakat melalui teknologi dan maklumat. Melalui program ini, NADI terus memperkukuh peranannya dalam menyampaikan maklumat dan perkhidmatan digital kepada rakyat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2025 Semua Hakcipta Terpelihara.