dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 9 Fasa 10, Putrajaya
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Kempen Internet Selamat - SK Putrajaya Presint 18(1)

14 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Ogos 2025 (Rabu) – Pusat Sebaran Maklumat Nasional, NADI Putrajaya telah mengadakan Kempen Internet Selamat (KIS) bersama pelajar di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18 (1). Seramai 100 orang pelajar tahap dua (tahun 4, 5 & 6 serta pelajar PPKI) telah menyertai program ini dan dibantu beberapa orang guru. Program ini telah diadakan di bilik mesyuarat SKPP18 (1)

Program dimulakan dengan pengenalan NADI serta fungsinya oleh Pengurus NADI Presint 18 iaitu Puan Haryati. Pelajar juga diberi penerangan mengenai Kempen Internet Selamat. Seterusnya, pelajar menyanyikan lagu Kempen Internet Selamat diikuti aktiviti Tepuk-Tepuk Selamat

Program diteruskan dengan aktiviti berkumpulan program KIS, pelajar dibahagikan kepada lima kumpulan untuk aktiviti modul bersama fasilitator di setiap stesen. Setiap kumpulan diberi sekeping kad passport internet selamat dan perlu melalui lima stesen yang disediakan untuk sesi penerangan dan melengkapkan aktiviti. Antara tajuk aktiviti modul adalah mengenai Buli Siber, Penyantunan Dalam Talian, Scam, Maklumat palsu dan pelbagai lagi

Setelah selesai aktiviti berkumpulan, program diteruskan dengan Anugerah Guru & Pelajar K-DAT kepada guru dan pelajar yang terpilih. Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama pelajar dan guru-guru pada jam 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2024 Semua Hakcipta Terpelihara.