dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 9 Fasa 10, Putrajaya
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Latihan STEM - Tumbuhan Hiasan dan DIY Kraf Kertas

13 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Mei 2024 (Sabtu) – Seramai 5 orang pelajar perempuan yang merupakan ahli NADI Presint 9 Fasa 10 telah hadir untuk mengikuti kelas yang dianjurkan. Pada kali ini mereka berpeluang untuk melakukan aktiviti STEM secara berkumpulan. Sesi ini berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Tujuan aktiviti ini diadakan untuk melatih pelajar dan sebagai pendedahan awal kepada kemahiran kerja berpasukan serta membantu meningkatkan kemahiran berkomunikasi

Aktiviti Pertama : Tumbuhan Hiasan
Petugas NADI menyediakan beberapa bahan seperti crystal mud water bubble, bekas kaca, pokok bunga, cawan plastik dan air. Pelajar menjalankan aktiviti ini secara berkumpulan dan mereka dapat melihat sama ada tumbuhan berjaya hidup menggunakan bahan yang diberikan

Aktiviti Kedua : DIY Kraf Kertas
Pelajar diminta untuk menghasilkan rekaan bunga menggunakan kertas berwarna secara berkumpulan. Pada permulaan, petugas membuka video tutorial di channel youtube untuk panduan pelajar dan mereka diberikan masa yang mencukupi untuk menyiapkan tugasan. Diakhiri sesi, pelajar diminta untuk membuat pembentangan hasil kerja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2024 Semua Hakcipta Terpelihara.